Monday, 1 December 2014

sesekali terasa ingin kembali ke satu masa...di saat hati berbunga ria...biarpun susah terasa bahagia...di saat tiada apa...cuma cinta penuh didada....

tapi semua itu hanya kenangan...rasa itu cuma rasa yg dianugerahkan...biarpun rasa itu sudah berlalu lama...tapi akan tetap mekar jauh di sudut hati...

aku tidak pernah melupakan rasa itu...jauh sekali membuang rasa itu...cuma akan aku letakkan  di satu sudut...jauh dalam hatiku...di mana tidak akan ditemui...

biarlah rasa itu kekal menjadi rahsia hatiku....

Wednesday, 19 November 2014

Bila mana langkah terasa pincang...
masih adakah mereka yg ingin menghulur tangan memimpinku dengan ikhlas....

Di saat airmata jatuh membasahi pipi.....
Masih adakah mereka yg ingin menghulurkan tisu mengelap segala duka lara dalam hatiku....

Tidak.....biarpun aku berkongsi darah yg sama.....hanya aku yg akan tetap bersama aku....biarlah sekali ini....

Aku berkorban hanya untuk aku.....

Friday, 14 November 2014

suatu ketika dahulu, aku letakkan kamu semua di tempat teratas dalam hati aku. aku korbankan masa remaja ku, ku korbankan kesayangan ku, ku korbankan harapan dan impian ku semata-mata untuk kamu....

cuba tanya ke dalam diri kamu, penghargaan apakah yg pernah kau hadiahkan untuk ku...kasih sayang apakah balasan untuk ku...dan penghormatan apakah yg kamu berikan untuk ku...

aku seolah-olah hidup untuk kamu...bukan untuk diriku sendiri...

hari ini, jangan kau salahkan aku. bila mana hajatmu tidak ku turuti, bila impianmu tidak ku penuhi, dan kasih sayangku hanya untuk ku..

kerana kamu yg menjadikan hatiku umpama batu. biarpun itu bukan diriku....

tolong maafkan aku....
 
 
 

Thursday, 13 November 2014

resah tak berarah

Ada ketika terasa siksa
Ada masa terasa bisa
Ada saat terasa penat
Ada kala terasa gila

Allah....kuatkan aku....syukuri aku...usah dibiarkn aku resah yg tak berarah...


Friday, 3 October 2014

Cinta itu, masih kekal dalam ingatan. Biarpun lebih sedekad berlalu, rasa cinta itu masih kekal dalam sanubariku. Bukan aku mengharapkan cinta itu hadir kembali, tetapi aku cuma masih belum boleh untuk melupakan saat terindah dalam hidup aku.

Terima kasih cinta....kerana
Cinta itu, membuatkan aku rasa istimewa...
Cinta itu, menyempurnakan aku...
Cinta itu, membahagiakan aku...

Biarpun cinta itu akan terus kekal menjadi cinta...

mjm



Sunday, 28 September 2014

 tolong
putuskan rasa itu
padamkan ingin itu
kerana aku tahu
Dia bukan lagi
milikku

umi dayana sofea

 


Friday, 26 September 2014

YA ALLAH

andai dia anugerah terbaik buatku
kau permudahkanlah

dan kiranya
 amanahmu ini
diluar batas kemampuanku
 kau berikanlah aku tanda
agar aku redha
umi dayana sofea

Wednesday, 24 September 2014

Aku & Kamu

AKU

takkan pernah mampu
sekalipun di dalam mimpi
untuk memiliki

KAMU

cuma harus percaya
cuma ada kamu
dalam hati

AKU
mjm 


Friday, 19 September 2014

Hidup Selagi Hidup


Kehidupan bukan suatu pilihan
Ianya satu ketentuan
Biarlah luka parah
Mahupun susah payah


KITA
"Hidup selagi Hidup"